1. Home
  2. »
  3. External Media
  4. »
  5. TKB Wajah Baharu Perjuang Agenda Bumiputera

TKB Wajah Baharu Perjuang Agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) iaitu satu lembaran berwajah baharu kepada perjuangan memperkasa agenda Bumiputera.

Najib berkata, jika sebelum ini agenda Bumiputera lebih tertumpu kepada sudut ekonomi sahaja, namun menerusi TKB, usaha itu akan bersifat inklusif atau terangkum lagi holistik.

“Maksudnya, di sini, dalam membela dan memperkasakan agenda Bumiputera, ia tidak terhad kepada bidang-bidang tertentu seperti ekonomi semata-mata. Bahkan lebih mustahak dan jauh daripada itu, Transformasi Kesejahteraan Bumiputera ini turut merangkumi segenap aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya.

“Duduk dalam persekitaran yang selesa serta dinamik, seraya membela untung nasib serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi,” katanya semasa berucap melancarkan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0, TKB di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera (Teraju) Datuk Husni Salleh. 

Sumber: Sinar Harian