1. Home
  2. »
  3. Events
  4. »
  5. Teraju lulus peruntukan Dana Mudahcara RM97.67 juta

Teraju Lulus Peruntukan Dana Mudahcara RM97.67 Juta

RASAH – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) meluluskan peruntukan Dana Mudahcara sebanyak RM97.67 juta bagi pembinaan 50 projek hartanah di atas tanah Rizab Melayu dan tanah adat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh berkata, kesemua projek berkenaan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.54 bilion.

“Dana ini bertujuan menggalakkan pembangunan di Tanah Rizab Melayu dan tanah adat yang sering berhadapan dengan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

“Teraju berharap lebih banyak syarikat Bumiputera memanfaatkan dana ini dengan mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan rumah mampu milik,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Projek Perumahan Taman Puncak Rasah di sini hari ini. 

Sumber: Kosmo