1. Home
  2. »
  3. Events
  4. »
  5. PM Saksi MoU Minuman ‘Upin & Ipin’

PM Saksi MoU Minuman ‘Upin & Ipin’

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara dua Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) bagi penghasilan minuman berkualiti tinggi menerusi jenama ‘Upin & Ipin’.

Dua syarikat berkenaan adalah MGV Industries Sdn Bhd (MGV) dan Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) menerusi anak syarikatnya, IU Trading Sdn Bhd.

Minuman berkenaan akan dikeluarkan MGV untuk dipasarkan dalam dan luar negara dengan nilai perjanjian berjumlah RM44.36 juta bagi tempoh tiga tahun.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Husni Salleh.

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, berkata minuman berkenaan akan mula diedarkan awal Ogos ini, bermula dengan minuman coklat, diikuti minuman isotonik.

“Produk ini akan dipasarkan dalam negara, selain beberapa negara lain termasuk Indonesia,” katanya kepada media selepas majlis berkenaan.

Sumber: Berita Harian