Menerusi penjajaran semula ketiga-tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi, iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU, dan Ekuinas, setiap agensi akan memainkan peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera. Yayasan Peneraju berfokus kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera, sementara TERAJU akan bertindak sebagai “Super-Scaler” dalam memacu pertumbuhan dan memperluaskan skala syarikat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif di arena global. Manakala, Ekuinas pula akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi Bumiputera melalui pemilikan ekuiti korporat.
Satu pendekatan holistik dan inovatif yang melibatkan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil telah dirangka untuk memperkasa penskalaan syarikat Bumiputera secara lebih efektif. Inisiatif ini diperkenalkan melalui tiga strategi utama iaitu Kerjasama Salingan (Reverse Linkages), Pembelian Pengurusan Langsung (Management Buy-Out) serta Penggabungan dan Pengambilalihan (Mergers & Acquisitions). Inisiatif transformatif ini disokong oleh program pembiayaan dan pemudahcaraan yang komprehensif untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
Apa Kami Tawarkan
Melaksanakan strategi pembiayaan dan pelaburan untuk meningkatkan ketangkasan, daya saing, dan kesediaan global dalam pasaran permulaan dan pertengahan dengan program TERAJU pemudahcaraan dan pembiayaan.
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH
Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Hakcipta © 2024 Unit Peneraju Agenda Bumiputera