POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT(WHISTLEBLOWING POLICY)

Pemberian Maklumat (Whistleblower) 

Saluran Pemberian Maklumat (Whistleblowing)

Saluran Pemberian Maklumat merupakan platform untuk melaporkan sebarang salah laku seperti penipuan, penyalahgunaan kuasa, pelanggaran prosedur, peraturan atau undang-undang yang berkuat kuasa dalam organisasi.

Selaras dengan komitmen TERAJU terhadap ketelusan dan tadbir urus yang berintegriti, saluran ini diwujudkan sebagai medium untuk menggalakkan pendedahan maklumat secara bertanggungjawab serta memperkukuh integriti dan reputasi organisasi.

Komitmen Kami kepada Anda:

– Kami komited untuk mengurus dan menyiasat semua aduan serta maklumat yang diterima daripada mana-mana pihak secara telus.
– Identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan selagi dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Warga kerja, rakan strategik dan orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan isu integriti melalui borang di bawah:

 
Klik untuk lihat maklumat lanjut