Menerusi penjajaran semula ketiga-tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi, iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU, dan Ekuinas, setiap agensi akan memainkan peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera. Yayasan Peneraju berfokus kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera, sementara TERAJU akan bertindak sebagai “Super-Scaler” dalam memacu pertumbuhan dan memperluaskan skala syarikat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif di arena global. Manakala, Ekuinas pula akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi Bumiputera melalui pemilikan ekuiti korporat.
Program & Inisiatif
TERAJU menyediakan pelbagai program pembiayaan dan pemudahcaraan bagi membantu syarikat Bumiputera meningkatkan ketangkasan, daya saing dan kesediaan untuk bersaing di peringkat global, sejajar dengan setiap peringkat pertumbuhan perniagaan mereka
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH
Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Hakcipta © 2026 Unit Peneraju Agenda Bumiputera