Kuching, 6 Mac 2012: RM100 juta akan diperuntukkan oleh TERAJU untuk membiayai inisiatif pembangunan di Sarawak. Peruntukan tersebut diumumkan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di pelancaran JEJAK 2012 di Sarawak – satu inisiatif oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). JEJAK 2012 telah dilancarkan di Kuching oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Turut menyaksikan pelancaran tersebut Encik Husni Salleh, Ketua Eksekutif TERAJU; Encik Borhan Sidek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia; Datuk Hj Abang Helmi Ikhwan, Pengerusi, Gabungan Usahawan Bumiputera Sarawak; wakil-wakil dari kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan tempatan, agensi-agensi bukan kerajaan tempatan dan tokoh industri negeri.
Ini merupakan inisiatif TERAJU yang menumpukan kepada usahawan Bumiputera seluruh negara. TERAJU memperluaskan kehadirannya melalui JEJAK 2012 dan juga di setiap koridor ekonomi bagi menyampaikan kandungan dokumen Hala Tuju Tranformasi Ekonomi Bumiputera.
En Husni Salleh berkata, “Mandat TERAJU adalah untuk memimpin, menyelaras dan memacupenyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Pelbagai inisiatif disediakan untuk membantu merangsang ekonomi yang ingin kami sampaikan kepada usahawan Bumiputera di seluruh Malaysia. TERAJU bakal mengadakan siri jelajah seluruh negara – JEJAK 2012 dan Kuching adalah yang pertama di rantau ini. Siri jelajah dan inisiatif ini akan membantu mewujudkan saluran interaksi yang lebih kondusif di antara TERAJU dan usahawan diMalaysia. “
Di majlis tersebut, TERAJU juga melancarkan TERAJU@SARAWAK yang merupakan sebahagian daripada inisiatif TERAJU@Koridor. Inisiatif ini akan melihat kehadiran TERAJU di 5 koridor ekonomi seluruh Malaysia, Pusat Sehenti Wilayah TERAJU yang pertama, TERAJU @ KORIDOR UTARA telah dilancarkan di Pulau Pinang pada 3 Mac. Pusat Sehenti pertama di Malaysia Timur adalah TERAJU@SARAWAK, yang akan ditempatkan di Kuching dan akan disusuli oleh pusat-pusat di Johor (Wilayah Iskandar), Sabah (SDC)& Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Ujar Husni, “Dengan kehadiran serantau, inisiatif TERAJU seperti Program TeraS, Dana Mudahcara, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera & Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) – akan lebih mudah dicapai oleh usahawan di wilayah-wilayah ekonomi. Setiap pusat akan menawarkan sokongan setempat, yang diterajui oleh pegawai-pegawai tempatan yang berpemahaman kukuh tentang pasaran utama di kawasan tersebut. Selanjutnya, TERAJU berazam untuk meningkatkan sektor ekonomi di wilayah dan mengenalpasti sektor utamayang berpotensi tinggi untuk meningkatkan penyertaan golongan Bumiputera.” Menurut Husni, Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa sektor utama yang berprestasi tinggi di Sarawak iaitu, pemborongan & peruncitan; pelancongan; industry makanan; sistem bangunan perindustrian dan tenaga diperbaharui. Dengan panduan yang sedia ada ini, pihak TERAJU akan membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan penyertaaan golongan Bumiputera dalam bidang-bidang itu secara efektif.
TERAJU akan bekerjasama dengan pelbagai Organisasi Pembangunan Usahawan (EDOs), Organisasi Pembangunan Industri (IDOs) dan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) seperti MARA, TEKUN, PUNB, SME Bank dan PNS untuk memastikan bahawa usahawan mempunyai kelengkapan secukupnya untuk memajukan perniagaan mereka. Semasa majlis tersebut, Ketua Menteri turut memuji program TeraS oleh TERAJU yang sehingga kini telah berjayamenarik sebanyak 80 buah syarikat. Program TeraS TERAJU bertujuan untuk mengenal pastisyarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensi mencapai pertumbuhan baiksepanjang tempoh 5 tahun yang akan datang, serta membantu mereka berkembangmelangkaui pasaran tempatan, melalui akses kepada peluang perniagaan yang berasaskan mutu.
Program ini telah dirancang untuk membantu mempercepatkan pembangunan syarikat-syarikat Bumiputera yang mampu berdaya saing merentasi semua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Untuk tujuan ini, TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan dan sektor swasta untuk memudahkan peluang-peluang perniagaan, dan memperuntukan bakat dan pilihan pembiayaan. Sebanyak 1,100 syarikat-syarikat dijangka akan dikenal pasti menjelang 2013.
Jelas Husni selanjutnya, TERAJU juga mempunyai inisiatif bersama PUNB iaitu Prosper TeraS. “Inisiatif ini adalah untuk membantu usahawan Bumiputera di dalam industri peruncitan.Pencapaian syarikat-syarikat di Sarawak amat menggalakkan; setakat ini kami telah mempunyai sebanyak 5 penyertaan dari seluruh negeri.” Tambah Husni, terdapat potensi yang amat tinggi untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera. Beliau mendorongpara usahawan untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi program dan inisiatif TERAJU yang dapat mempertingkatkan prestasi penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi yang lebih baik dalam peringkat global.
Majlis ini juga menyaksikan penukaran dokumen antara Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) dan TEGAS (Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak). Kerjasama strategik ini berusaha ke arah meningkatkan bilangan Bumiputera profesional, separuh profesional, pekerja sokongan & umum untuk menyokong pembangunan yang dirancang kerajaan.
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH
Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Hakcipta © 2024 Unit Peneraju Agenda Bumiputera