1. Home
  2. »
  3. Media Luar
  4. »
  5. TERAJU Bincang Masalah P-hailing

TERAJU bincang masalah p-hailing

31 Julai 2021 KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 kumpulan pemegang taruh menyertai Sesi Sindikasi Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan p-hailing (khususnya penghantaran makanan) yang berlangsung secara dalam talian dari 29 Julai hingga 30 Julai lalu.

Image 2 details about Lambakan syarikat p-hailing, 'income' penunggang ...

Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Md. Silmi Abd. Rahman berkata, tujuan sesi diadakan untuk mencari penyelesaian kepada isu berbangkit demi meningkatkan kelestarian dan kesejahteraan pemandu perkhidmatan p-hailing.

“TERAJU selaku pembolehcara strategik pembangunan sosioekonomi bumiputera, nekad dan teguh dalam aspirasinya memacu pemerkasaan pembangunan ekonomi gig ke arah meningkatkan penglibatan Bumiputera di rantaian nilai lebih tinggi.

“Sesi ditumpukan kepada enam perkara utama iaitu Etika dan Tingkahlaku, Undang-Undang, Keselamatan, Sistem Aplikasi, Pelanggan & Vendor dan Operator. Antara yang hadir melibatkan pelbagai kementerian, badan berkanun dan agensi terpilih, pengendali platform, operator serta vendor selain wakil dari Persatuan Penghantar p-hailing Malaysia.
“Usaha ini diharapkan menangani isu serta cabaran dihadapi bumiputera bagi mewujudkan ekosistem yang mana bumiputera mempunyai peluang yang saksama, termasuk dari segi keselamatan sosial dan kebajikan dalam memberikan khidmat berkualiti tinggi,” katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, isu melibatkan p-haling yang dibangkitkan sesetengah pihak termasuk pelanggan, peniaga dan penghantarnya semasa penularan Covid-19 yang mengancam ekonomi negara.

Menurutnya, kaji selidik pandemik pada April menunjukkan faktor mendorong penyertaan bumiputera dalam perkhidmatan p-hailing adalah waktu kerja fleksibel, pendapatan tambahan atau gantian akibat hilang punca pendapatan, keadaan ekonomi tidak menentu, penyertaan tidak memerlukan kelayakan tinggi dan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Dapatan TERAJU menunjukkan terdapat lingkungan 70,000 penghantar makanan dan 40,000 iaitu 57 peratus daripadanya tertumpu di kawasan Lembah Klang.

Kajian mendapati 93.8% peratus penghantar makanan adalah merupakan golongan Bumiputera dan 80.1 peratus adalah golongan muda berumur dalam lingkungan 18-30 tahun.

Sumber: UTUSAN ONLINE