Pendekatan
Baharu

Pembelian Pengurusan Langsung (MBO)

Pembelian Pengurusan Langsung (MBO) adalah merupakan transaksi di mana pengurusan sesebuah syarikat membeli perniagaan daripada pemilik yang sedia ada. Secara kebiasaannya, transaksi ini memerlukan pembiayaan dari luar, seperti pinjaman atau pelaburan dari badan kewangan untuk menyokong pemerolehan tersebut. Namun, proses MBO ini memastikan bahawa operasi syarikat terus berjalan dengan lancar di bawah pemilikan baru oleh badan pengurusan yang sedia ada.

Bagaimana TERAJU Dapat Membantu dan Menyokong Syarikat Bumiputera dalam Melaksanakan Pembelian Pengurusan Langsung (MBO):

Dana/Pembiayaan TERAJU

TERAJU, dengan kerjasama institusi kewangan, dapat menyediakan sokongan menyeluruh kepada syarikat-syarikat Bumiputera melalui pelbagai perkhidmatan kewangan dan nasihat. Sokongan dari TERAJU merangkumi: 

  • Pembiayaan Modal Kerja: Memastikan dana mencukupi untuk operasi harian dan pertumbuhan.
  • Pembiayaan Pembelian Aset: Pembiayaan untuk memperoleh aset perniagaan penting, kecuali aset hartanah
  • Pembiayaan Penggabungan & Pengambilalihan: Sokongan kewangan untuk pengambilalihan atau penggabungan dengan syarikat lain yang berpotensi
  • ✔ Pembiayaan Kontrak/Projek: Dana untuk menyokong pelaksanaan kontrak dan projek, serta mengintegrasikan syarikat-syarikat kecil ke dalam rantaian bekalan yang lebih luas.

TERAJU (dengan kerjasama bersama SME) boleh mempermudahcara setiap langkah dalam setiap proses termasuk:

  • Mengenal pasti dan berhubung dengan rakan kongsi atau syarikat sasaran yang sesuai.
  • Memberi panduan tentang struktur kerjasama yang baik dengan mengambil kira aspek percukaian, perakaunan, pembiayaan, dan komersial.
  • Membantu dalam rundingan dan berurusan dengan rakan kongsi atau syarikat sasaran yang mempunyai nilai potensi tinggi.
  • Menyokong proses usahawajar (due diligence), termasuk analisis dan penilaian sinergi.
  • Mengurus proses kerjasama hingga ke tahap pelaksanaan.
  • Memberi panduan mengenai keperluan dan pematuhan peraturan.