GEORGE TOWN, 22 Okt (Bernama) — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yakin Bajet 2017 akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, termasuk usahawan Bumiputera.
Presiden DPMM, Rizal Faris Mohaideen berkata, dalam keadaan ekonomi semasa adalah sukar untuk usahawan menghadapi kos sara hidup serta kos menceburi perniagaan yang tinggi.
“Kerajaan telah membuat keputusan tepat untuk memperkasa usahawan dan kami akan memastikan dana itu digunakan dengan bijak,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Rizal Faris berkata, DPMM akan membantu kerajaan dalam mewujudkan usahawan tahap global dan akan berusaha keras untuk berjaya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
“Halangan utama kami ialah meningkatkan tahap usahawan, tetapi kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu mereka,” katanya.
Dalam bajet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam, RM1.52 bilion telah diperuntukkan bagi mengukuhkan ekonomi Bumiputera.Sebanyak RM500 juta diperuntukkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi membantu perusahaan tempatan mengembangkan perniagaan mereka atau memulakan perniagaan baharu, manakala RM100 juta dana eksport diperuntukkan untuk syarikat yang telah memasuki pasaran global.
Sumber: Bernama
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH
Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Hakcipta © 2024 Unit Peneraju Agenda Bumiputera