1. Home
  2. »
  3. Media Luar
  4. »
  5. PM beri amaran kepada pihak cuba ‘rosakkan’ agensi urus agenda Bumiputera untuk kepentingan diri sendiri

PM beri amaran kepada pihak cuba ‘rosakkan’ agensi urus agenda Bumiputera untuk kepentingan diri sendiri

19 Ogos 2024, PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan institusi dan pegawai yang menguruskan agenda Bumiputera supaya melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan matlamat Kerajaan Madani tercapai.

Malah, Perdana Menteri turut memberi amaran kepada beberapa pihak daripada ‘merosakkan’ dan menyalahgunakan agensi untuk kepentingan mereka sendiri dan mengumpul kekayaan.

“Mereka yang melaksanakan agenda Bumiputera mesti melihat (inisiatif di bawah agenda) secara terperinci dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan cekap,” katanya dalam ucapan pada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.

Dalam pada itu, Anwar berterima kasih kepada agensi penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Ketua Audit Negara dalam memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan dengan bijak dan membendung ketirisan.

“Sebagai contoh, agensi ini perlu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap kerana kita (kerajaan) mencurahkan berbilion ringgit.

“Kita kena pastikan mereka yang cuba merencatkan usaha perlu dihalang.

“Selain itu, kuasa yang lebih diberikan kepada Ketua Audit Negara untuk memastikan ketiadaan ketirisan,” katanya.

Sumber: Berita Harian