Pendekatan
Baharu

Kerjasama Salingan

Kerjasama Salingan ialah mekanisme kerjasama secara teknikal yang diperkenalkan oleh Bank Pembangunan Islam (IsDB) untuk memperkasakan kerjasama di kalangan negara anggotanya, yang juga merupakan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Matlamat inisiatif ini adalah untuk memudahkan perkongsian kepakaran dan sumber antara negara, dengan tujuan untuk mencapai pembangunan dan pertumbuhan bersama.

Bagaimana TERAJU Dapat Membantu dan Menyokong Syarikat Bumiputera dalam Melaksanakan Kerjasama Salingan:

Dana/Pembiayaan TERAJU

TERAJU, dengan kerjasama institusi kewangan, dapat menyediakan sokongan menyeluruh kepada syarikat-syarikat Bumiputera melalui pelbagai perkhidmatan kewangan dan nasihat. Sokongan dari TERAJU merangkumi: 

  • Pembiayaan Modal Kerja: Memastikan dana mencukupi untuk operasi harian dan pertumbuhan.
  • Pembiayaan Pembelian Aset: Pembiayaan untuk memperoleh aset perniagaan penting, kecuali aset hartanah
  • Pembiayaan Penggabungan & Pengambilalihan: Sokongan kewangan untuk pengambilalihan atau penggabungan dengan syarikat lain yang berpotensi
  • ✔ Pembiayaan Kontrak/Projek: Dana untuk menyokong pelaksanaan kontrak dan projek, serta mengintegrasikan syarikat-syarikat kecil ke dalam rantaian bekalan yang lebih luas.

TERAJU (dengan kerjasama bersama SME) boleh mempermudahcara setiap langkah dalam proses Kerjasama Salingan, termasuk:

  • Mengenal pasti dan berhubung dengan rakan kongsi atau syarikat sasaran yang sesuai.
  • Memberi panduan tentang struktur kerjasama yang baik dengan mengambil kira aspek percukaian, perakaunan, pembiayaan, dan komersial.
  • Membantu dalam rundingan dan berurusan dengan rakan kongsi atau syarikat sasaran yang mempunyai nilai potensi tinggi.
  • Menyokong proses usahawajar (due diligence), termasuk analisis dan penilaian sinergi.
  • Mengurus proses kerjasama hingga ke tahap pelaksanaan.
  • Memberi panduan mengenai keperluan dan pematuhan peraturan.