PROGRAM PEMUDAHCARAAN

DEPOSITORI KORPORAT BUMIPUTERA

Menghubungkan Syarikat Bumiputera dengan golongan professional mahir serta pelabur pemangkin melalui suai padanan & peluang jaringan rangkaian. 

Depositori Korporat Bumiputera terdiri kepada tiga komponen iaitu Depositori Lembaga Pengarah & Penasihat Bumiputera, Depositori Pelabur Mangkin dan Khidmat Rundingan & Nasihat.

Depositori Lembaga Pengarah & Penasihat Bumiputera

Tentang Program:

Depositori Lembaga Pengarah adalah bertujuan untuk menghubungkan syarikat Bumiputera dengan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam industri terpilih. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan strategik syarikat Bumiputera tersebut.

Objektif:

  • ✔ Padanan Lembaga Pengarah.
  • ✔ Padanan Penasihat Korporat.
  • ✔ Jaringan Kerjasama.

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Menggalakkan akses syarikat Bumiputera kepada kepakaran dan pengalaman Lembaga Pengarah dan Penasihat Korporat terkemuka dalam industri dan bidang tertentu.
  • ✔ Membuka peluang syarikat Bumiputera untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat dari Lembaga Pengarah dan Penasihat Korporat bagi merancang strategi dan meningkatkan prestasi syarikat.
  • ✔ Mendapatkan akses rangkaian dan jaringan profesional bagi meningkatkan kolaborasi perniagaan.

 

Manfaat kepada golongan profesional:

  • ✔ Peluang untuk berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada komuniti.
  • ✔ Peluang untuk memperluaskan jaringan.

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula & syarikat pertengahan yang sedang berkembang.

 

Profesional Bumiputera yang berpengalaman:

  • ✔ Pesara sepenuh masa atau separuh masa.
  • ✔ Golongan profesional yang masih di dalam perkhidmatan.
  • ✔ Menjalinkan hubungan perniagaan dengan individu profesional yang berkemahiran.
  • ✔ Membentuk ekosistem sokongan yang berdaya tahan.
  • ✔ Memberikan sumbangan kepada peningkatan tadbir urus korporat, pengambilan keputusan strategik, dan pembangunan ekonomi yang lebih meluas.

Tentang Program:

Depositori Bumiputera Angel Investor adalah bertujuan untuk menghubungkan syarikat Bumiputera dengan pelabur ‘ Pelabur Mangkin (Angel Investor)’ yang berkongsi kriteria pelaburan, minat industri dan komitmen yang serupa bagi menyokong komuniti Bumiputera dalam ekosistem perniagaan yang mampan

Objektif:

  • ✔ Padanan pelabur mangkin dan perniagaan.
  • ✔ Jaringan Kerjasama

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Menggalakkan syarikat Bumiputera kepada akses pelaburan.
  • ✔ Mendapatkan panduan/bimbingan berpotensi daripada pelabur berpengalaman.
  • ✔ Berpeluang membina rangkaian dan kerjasama perniagaan.
  • ✔ Meningkatkan “visibility” menerusi pelaburan berimpak tinggi

 

Manfaat kepada golongan profesional:

  • ✔ Memanfaatkan peluang pelaburan yang lebih luas.
  • ✔ Menyertai aktiviti pelaburan yang berimpak tinggi.
  • ✔ Kepelbagaian peluang pelaburan.
  • ✔ Perkongsian rangkaian dan pengetahuan dalam pelaburan

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula di peringkat awal & syarikat pertengahan yang sedang pesat berkembang.

 

Profesional Bumiputera/ Institusi pelaburan yang berpengalaman:

  • ✔ Golongan individu yang berjaya.
  • ✔ Pelabur/Institusi yang berpengalaman
  • ✔ Membuka akses kepada pelaburan.
  • ✔ Pelaburan impak.
  • ✔ Jaringan rangkaian.

Depositori Pelabur Mangkin Bumiputera

Khidmat Rundingan dan Nasihat

Tentang Program:

Khidmat Rundingan & Nasihat adalah bertujuan untuk menyokong perkembangan syarikat Bumiputera melalui perkhidmatan rundingan dan nasihat yang disesuaikan mengikut keperluan dan cabaran yang dihadapi dengan bantuan perunding yang bekelayakan dan berpengalaman.

Objektif:

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Meningkatkan daya saing dan pertumbuhan syarikat.
  • ✔ Meningkatkan kepakaran dan kecekapan dalam pengoperasian Syarikat Bumiputera.
  • ✔ Akses kepada Khidmat Nasihat Pakar yang berpengalaman dalam industri tertentu untuk mengatasi cabaran dan memacu pertumbuhan syarikat.

 

Manfaat kepada Rakan Kolaborasi:

  • ✔ Berpeluang untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan industri dengan syarikat Bumiputera.
  • ✔ Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh syarikat Bumiputera.
  • ✔ Memainkan peranan penting dalam pembangunan syarikat Bumiputera dalam memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan dan nasional. 

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula di peringkat awal & syarikat pertengahan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan.

Institusi yang menawarkan khidmat nasihat & rundingan bimbingan kepada syarikat dalam pelbagai sektor.

  • ✔ Perkembangan jaringan rangkaian.
  • ✔ Akses perkongsian pengetahuan.
  • ✔ Kajian Pasaran
  • ✔ Penggunaan Teknologi dan Transformasi
  • ✔ Penyelesaian Penyelidikan 
  • ✔ Penglibatan dan Komunikasi Pihak Berkepentingan
  • ✔ Pemulihan Perniagaan 
  • ✔ Pembangunan Kapasiti
  • ✔ Perluasan dan Kepelbagaian Pasaran
  • ✔ Latihan dan Kemahiran
  • ✔ Pelan Strategik
  • ✔ Jaringan Perniagaan
  • ✔ Pengurusan Program / Projek