PROGRAM PEMUDAHCARAAN

Depositori Korporat Bumiputera

Depositori Korporat Bumiputera merupakan sebuah platform strategik yang direka khas untuk menghubungkan syarikat Bumiputera dengan golongan profesional mahir dan pelabur pemangkin melalui mekanisme suai padanan dan peluang jaringan rangkaian. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa      komuniti perniagaan Bumiputera, membantu syarikat mencapai pertumbuhan mampan dan membuka peluang ke pasaran yang lebih luas.

Program ini terdiri daripada tiga komponen utama yang menyokong pembangunan syarikat Bumiputera secara menyeluruh:

Depositori Lembaga Pengarah Bumiputera

Direktori ini menyediakan akses kepada profesional dan pakar yang berpengalaman dalam pelbagai industri untuk menyertai syarikat Bumiputera sebagai ahli lembaga pengarah. Bimbingan daripada ahli lembaga pengarah berpengalaman membolehkan syarikat memperkukuh daya saing sambil merangka strategi yang lebih efektif dan berdaya impak.
TERAJU Sorotan Acara (5)

Depositori Penasihat Bumiputera

Komponen ini menawarkan kumpulan penasihat pakar yang berfungsi sebagai mentor untuk membantu syarikat Bumiputera dalam perancangan, inovasi, dan pengurusan cabaran perniagaan.

Depositori Pelabur Pemangkin

Platform yang menghubungkan syarikat Bumiputera dengan pelabur angel yang bukan sahaja menyediakan modal tetapi juga sokongan untuk memacu pertumbuhan perniagaan yang lebih strategik.

Depositori Lembaga Pengarah & Penasihat Bumiputera

Tentang Program:

Depositori Lembaga Pengarah adalah bertujuan untuk menghubungkan syarikat Bumiputera dengan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam industri terpilih. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan strategik syarikat Bumiputera tersebut.

Objektif:

  • ✔ Padanan Lembaga Pengarah.
  • ✔ Padanan Penasihat Korporat.
  • ✔ Jaringan Kerjasama.

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Menggalakkan akses syarikat Bumiputera kepada kepakaran dan pengalaman Lembaga Pengarah dan Penasihat Korporat terkemuka dalam industri dan bidang tertentu.
  • ✔ Membuka peluang syarikat Bumiputera untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat dari Lembaga Pengarah dan Penasihat Korporat bagi merancang strategi dan meningkatkan prestasi syarikat.
  • ✔ Mendapatkan akses rangkaian dan jaringan profesional bagi meningkatkan kolaborasi perniagaan.

 

Manfaat kepada golongan profesional:

  • ✔ Peluang untuk berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada komuniti.
  • ✔ Peluang untuk memperluaskan jaringan.

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula & syarikat pertengahan yang sedang berkembang.

 

Profesional Bumiputera yang berpengalaman:

  • ✔ Pesara sepenuh masa atau separuh masa.
  • ✔ Golongan profesional yang masih di dalam perkhidmatan.
  • ✔ Menjalinkan hubungan perniagaan dengan individu profesional yang berkemahiran.
  • ✔ Membentuk ekosistem sokongan yang berdaya tahan.
  • ✔ Memberikan sumbangan kepada peningkatan tadbir urus korporat, pengambilan keputusan strategik, dan pembangunan ekonomi yang lebih meluas.

Tentang Program:

Depositori Bumiputera Angel Investor adalah bertujuan untuk menghubungkan syarikat Bumiputera dengan Pelabur Pemangkin (Angel Investor) yang berkongsi kriteria pelaburan, minat industri dan komitmen yang serupa bagi menyokong komuniti Bumiputera dalam ekosistem perniagaan yang mampan.

Objektif:

  • ✔ Padanan pelabur mangkin dan perniagaan.
  • ✔ Jaringan Kerjasama

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Menggalakkan syarikat Bumiputera kepada akses pelaburan.
  • ✔ Mendapatkan panduan/bimbingan berpotensi daripada pelabur berpengalaman.
  • ✔ Berpeluang membina rangkaian dan kerjasama perniagaan.
  • ✔ Meningkatkan “visibility” menerusi pelaburan berimpak tinggi

 

Manfaat kepada golongan profesional:

  • ✔ Memanfaatkan peluang pelaburan yang lebih luas.
  • ✔ Menyertai aktiviti pelaburan yang berimpak tinggi.
  • ✔ Kepelbagaian peluang pelaburan.
  • ✔ Perkongsian rangkaian dan pengetahuan dalam pelaburan

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula di peringkat awal & syarikat pertengahan yang sedang pesat berkembang.

 

Profesional Bumiputera/ Institusi pelaburan yang berpengalaman:

  • ✔ Golongan individu yang berjaya.
  • ✔ Pelabur/Institusi yang berpengalaman
  • ✔ Membuka akses kepada pelaburan.
  • ✔ Pelaburan impak.
  • ✔ Jaringan rangkaian.

Depositori Pelabur Pemangkin

KHIDMAT NASIHAT DAN RUNDINGAN

Tentang Program:

Khidmat Rundingan & Nasihat adalah bertujuan untuk menyokong perkembangan syarikat Bumiputera melalui perkhidmatan rundingan dan nasihat yang disesuaikan mengikut keperluan dan cabaran yang dihadapi dengan bantuan perunding yang berkelayakan dan berpengalaman.

Objektif:

Manfaat kepada syarikat Bumiputera:

  • ✔ Meningkatkan daya saing dan pertumbuhan syarikat.
  • ✔ Meningkatkan kepakaran dan kecekapan dalam pengoperasian Syarikat Bumiputera.
  • ✔ Akses kepada Khidmat Nasihat Pakar yang berpengalaman dalam industri tertentu untuk mengatasi cabaran dan memacu pertumbuhan syarikat.

Manfaat kepada Rakan Kolaborasi:

  • ✔ Berpeluang untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan industri dengan syarikat Bumiputera.
  • ✔ Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang cabaran yang dihadapi oleh syarikat Bumiputera.
  • ✔ Memainkan peranan penting dalam pembangunan syarikat Bumiputera dalam memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan dan nasional. 

Syarikat Bumiputera:

  • ✔ Syarikat pemula di peringkat awal & syarikat pertengahan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan.

Institusi yang menawarkan khidmat nasihat & rundingan bimbingan kepada syarikat dalam pelbagai sektor.

  • ✔ Perkembangan jaringan rangkaian.
  • ✔ Akses perkongsian pengetahuan.
  • ✔ Kajian Pasaran
  • ✔ Penggunaan Teknologi dan Transformasi
  • ✔ Penyelesaian Penyelidikan 
  • ✔ Penglibatan dan Komunikasi Pihak Berkepentingan
  • ✔ Pemulihan Perniagaan 
  • ✔ Pembangunan Kapasiti
  • ✔ Perluasan dan Kepelbagaian Pasaran
  • ✔ Latihan dan Kemahiran
  • ✔ Pelan Strategik
  • ✔ Jaringan Perniagaan
  • ✔ Pengurusan Program / Projek 

Program XCELERATE

Tentang Program:

XCELERATE merupakan program pemudahcaraan berstruktur oleh TERAJU, dengan Kerjasama Bursa Malaysia serta rakan ekosistem pasaran modal, bagi mempersiapkan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi ke arah penyenaraian awam.

XCELERATE merupakan laluan berstruktur pra-penyenaraian dan kesiapsiagaan pasaran modal yang memberi tumpuan kepada tiga teras utama berikut:

  • Nilai (Assess)
    • Penilaian tahap kesiapsiagaan IPO serta pengenalpastian jurang keupayaan syarikat
  • Bina (Build)
    • Pembangunan keupayaan secara berfokus merangkumi tadbir urus, pengurusan kewangan dan penstrukturan ekuiti
  • Hubung (Connect)
    • Penghubungan langsung dengan ekosistem IPO serta pelabur strategik

Tujuan Program:

  • ✔ Syarikat milikan Bumiputera berpotensi tinggi
  • ✔ Mempunyai rekod prestasi hasil dan keuntungan yang konsisten
  • ✔ Syarikat yang berhasrat untuk disenaraikan di Pasaran Utama, ACE atau LEAP

Bagaimana XCELERATE berfungsi :

  • Jangkauan & Saringan

Pengenalpastian syarikat Bumiputera berpotensi tinggi di seluruh negara.

  • Bengkel Kesiapsiagaan Pra-Penyenaraian

Asas IPO, tadbir urus, kesediaan kewangan serta penceritaan ekuiti (equity story)

  • Sinergi IPO XCELERATE (Format Padanan Berstruktur /Speed-Dating)

Sesi libat urus satu-ke-satu yang dikurasi Bersama:

  • Bank pelaburan & penasihat utama
  • Profesional perundangan, audit, perhubungan pelabur (IR) dan penilaian
  • Pelabur Strategik

 Laluan Pasca-Program

  • Penghubungan berterusan kepada saluran penyenaraian Bursa Malaysia serta program pembiayaan dan pemudah cara TERAJU yang berkaitan.
  • ✔ Mewujudkan saluran yang lebih kukuh bagi Syarikat Bumiputera yang bersedia untuk menarik pelabur
  • ✔ Meningkatkan kualiti dan tahap kesiapsiagaan syarikat calon penyenaraian awam (IPO)
  • ✔ Memperkukuh penyertaan Bumiputera serta penciptaan nilai mampan dalam pasaran modal

Memperkukuh pemilikan ekuiti Bumiputera melalui akses yang lebih berstruktur kepada pasaran modal

Program XCELERATE

Program ASCEND

Tentang Program:

ASCEND ialah program pemudahcaraan strategik yang memberi tumpuan kepada memperkasakan syarikat Bumiputera dalam kategori upper small dan low-mid market sebagai entiti yang bankable dan investable.

Tujuan:

Strategi

  • ✔ Hala tuju strategik & pelan perniagaan yang praktikal

Kewangan

  • ✔ Tadbir urus kewangan, aliran tunai & struktur kos yang mampan

Operasi

  • ✔ Kecekapan operasi, pendigitalan, pembangunan bakat & pengoptimuman sumber

Tadbir Urus

  • ✔ Struktur organisasi, pematuhan & kesinambungan kepimpinan

Jualan & Pemasaran

  • ✔ Penjenamaan, peluasan pasaran, saluran pengedaran, pengurusan pelanggan & pendigitalan
  • ✔ Berdaftar dengan SSM dan masih aktif.
  • ✔ Milikan Bumiputera ≥51%.
  • ✔ Hasil tahunan RM1 juta – RM5 juta.
  • ✔ Rekod operasi minimum 3 tahun.
  • ✔ Tiada status pembubaran, kebankrapan atau senarai hitam
  • ✔ Berpotensi berkembang tetapi berdepan kekangan akses pembiayaan.
  • Kebolehbiayaan
    (Bankability)

Memperkukuh kredibiliti perniagaan bagi melayakkan akses kepada pembiayaan institusi kewangan dan dana Pembangunan

  • Kebolehskalaan

(Scalability)

Memacu pengukuhan operasi dan strategi perniagaan untuk menyokong penskalaan yang mampan

  • Kesiapsiagaan Kewangan

(Financial Readiness)

Mempertingkat tadbir urus kewangan bagi mengurangkan risiko dan memaksimumkan pulangan

  • Kemampanan

(Sustainability)

Memperkasa tadbir urus dan peluasan pasaran untuk memastikan daya saing jangka Panjang di peringkat tempatan dan serantau