1. Home
  2. »
  3. Media Luar
  4. »
  5. Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) diperkenalkan sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) diperkenalkan sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera

19 Ogos 2024, Putrajaya: Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) diperkenalkan sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau. PuTERA35 menggarap tiga teras utama iaitu Memperkukuh Pasak Ekonomi Negara; Memperteguh Kerukunan Tatakelola dan Institusi serta Menegakkan Keadilan Sosial. Teras ini akan disokong 12 pemacu dalam menangani isu dan cabaran Bumiputera.

Image

Pemacu berkenaan akan disokong 132 ikhtiar yang telah dikenal pasti bagi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera adalah sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Pelaksanaan PuTERA35 melalui ikhtiar itu akan memerlukan jangka masa yang berbeza bergantung kepada ketersediaan sumber dan kerumitan sesuatu tindakan, merentas tempoh 10 tahun sehingga tahun 2035. Pengukuran dan sasaran baharu Bumiputera di bawah PuTERA35 dibangunkan dan selaras dengan sasaran di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan Kajian Separuh Penggal RMKe-12. Sasaran ini yang juga merangkumi perincian pemilikan ekuiti, penyertaan tenaga buruh dan sumbangan kepada KDNK adalah bagi mengukur pencapaian Bumiputera dalam aspek penyertaan, pemilikan dan penguasaan.

Sumber: Kementerian Ekonomi