KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) meluluskan Dana Mudahcara berjumlah RM1.5 bilion untuk 432 projek setakat Ogos 2016, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Husni Salleh.
Beliau berkata bagi Sabah, dana sebanyak RM99.35 juta diluluskan untuk 41 projek Bumiputera, menyediakan sokongan kepada komuniti perniagaan Sabah bagi menyertai aktiviti ekonomi sara diri dan mampan.
“Jumlah nilai pelaburan bagi projek ini di Sabah sebanyak RM879.45 juta,” katanya dalam satu kenyataan.
Dana Mudahcara diwujudkan sebagai titik permulaan bagi inisiatif pelaburan swasta.Husni menekankan tentang projek perladangan bersepadu SMR Aquaculture Sdn Bhd di Tawau, Sabah – Ladang Solar PV dan Akuaponik – bernilai RM48.35 juta, merupakan antara 432 projek yang menerima dana yang diluluskan itu.
“Projek ini dibiayai sebahagiannya oleh Dana Mudahcara Teraju iaitu RM2.64 juta,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata 45 syarikat Bumiputera dari Sabah dikenal pasti sebagai syarikat ‘berprestasi tinggi’ di bawah Program Teras dan 10 daripada syarikat ini telah pun diberi kelulusan Dana Teras berjumlah RM9.91 juta, kata Husni.
Sumber: Bernama
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 13, Blok A, Suasana PjH
Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 Putrajaya
Hakcipta © 2024 Unit Peneraju Agenda Bumiputera